photoartia

Notis privasi

Photoartia ialah editor dalam browser. Tanpa akaun, gambar dan reka bentuk anda tidak dihantar ke pelayan kami. Notis ini menerangkan data yang disimpan apabila anda membuat akaun atau menyimpan reka bentuk ke akaun.

Notis ini dikeluarkan oleh Photoartia Tim selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Data yang kami simpan

Tujuan

Untuk menyediakan akaun anda, menyimpan dan memaparkan semula reka bentuk anda, mengesahkan bayaran dan mengaktifkan pelan, menghantar email berkaitan akaun (pengesahan, tetapan semula kata laluan, status bayaran), dan melindungi akaun daripada penyalahgunaan. Kami tidak menjual data anda dan tidak menggunakannya untuk iklan.

Pihak lain

Jika anda log masuk dengan Google, Google mengesahkan identiti anda dan memberi kami email serta nama anda. Email akaun dihantar melalui penyedia email pelayan kami. Jika anda memilih bayar dalam talian, anda membayar di laman ToyyibPay (FPX atau kad); kami menghantar nama, email, nombor telefon dan jumlah bil kepada ToyyibPay, dan butiran bank atau kad anda dimasukkan terus di sana, bukan kepada kami. Selain itu, kami menggunakan Cloudflare Web Analytics untuk mengira lawatan halaman. Ia berjalan tanpa kuki dan tidak menjejak anda merentas laman lain, tetapi ia tetap menerima alamat IP dan jenis pelayar anda. Data anda tidak didedahkan kepada pihak lain selain yang disebut di atas, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang.

Tempoh simpanan

Sesi log masuk tamat selepas 30 hari tanpa digunakan. Reka bentuk kekal sehingga anda memadamnya atau memadam akaun. Rekod bayaran disimpan selagi diperlukan untuk tujuan perakaunan.

Hak anda

Anda boleh melihat dan membetulkan profil anda, memuat turun atau memadam reka bentuk anda, dan memadam akaun anda sendiri di halaman Akaun › Tetapan. Memadam akaun memadam semua reka bentuk yang disimpan di akaun.

Untuk pertanyaan atau permintaan lain berkaitan data peribadi anda, hubungi [email protected].